Cerebral Palsy Child Seat (CP CHAIR)
SERBA SEDIKIT....
Bila ada yang bertanya apa itu CP?
Apa itu Assistive Technology Devices?
Maka kita cerita la sikit2. Gambar pun ada yg MIA. Almaklumlah dolu2 tak pandai nak simpan gambar di cloud. Jadi bila laptop & pendrive rosak hatta bertukar tempat kerja byk la yg hilang.
2012 kita mula bangunkan prototype kerusi khas untuk kegunaan kanak-kanak Cerebral Palsy. Projek kolaborasi di antara UKM-PSA.
Nama asal produk ni Cerebral Palsy Child Seat. Bila nak daftar dengan MyIPO, kita tukar nama kepada lebih ringkas iaitu CP CHAIR. Senang nak tulis & disebutkan 😀
Cerebral Palsy secara umumnya terjadi akibat berlakunya kecacatan di bahagian otak sehingga menyebabkan berlakunya beberapa limitasi di antaranya masalah pergerakan, penglihatan, pertuturan dsb.
Mereka memerlukan alat bantuan khas/alat rehab/assitive devices dalam menjalani kehidupan seharian. Alat rehab tersebut juga akan menggalakkan kemandirian dlm kalangan kanak2 dgn CP.
Lebih kurang 6 design CP Chair dibangunkan mengikut keperluan dan keadaan sampel kanak2 CP. Pelajar Diploma Teknologi Berasaskan Kayu diberi tanggungjawab untuk membangunkan projek ini, kemudian disambung dengan para pensyarahnya.
Product pitching yg disertai:
1. ITEX
2. PECIPTA
3. ICOMPEX
4. INNOFEST
Alhamdulillah semuanya ada AWARD tapi tak ingat dah apa yg dimenangi 😅
Begitulah ceritanya...🤩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan