PENTAULIAHAN PROFESIONAL PERKUKUH PERANAN POLYCC MELALUI PENSYARAH PAKAR YANG MENJADI RUJUKAN INDUSTRI
Klang, 5 September 2024 - Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) terus komited memastikan kecemerlangan organisasi dapat dikekalkan dengan memastikan warganya dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan baharu bersesuaian dengan keperluan tugas agar sentiasa relevan dengan perkembangan semasa dan kualiti program pengajian yang ditawarkan kekal berada di tahap yang tinggi.
Lantaran itu, JPPKK melalui Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya (BKPK) telah melaksanakan Persidangan Alumni Pentauliahan Profesional bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) tahun 2024.
Program yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu bertujuan bagi meningkatkan kemahiran dan keupayaan PPPT ke satu tahap yang lebih tinggi seiring dengan keperluan semasa serta teknologi terkini.
Pelbagai usaha giat dijalankan mulai tahun 2022 sehingga kini melibatkan beberapa pihak yang berkepentingan dan utama dalam pelaksanaan seperti Bahagian Biasiswa KPT, universiti-universiti awam, badan agensi pentauliah, badan profesional, persatuan dan ‘industry champion’.
Pasa masa sama, turut berlangsung sesi penyerahan sijil kepada sembilan orang peserta elite@maybank dan 22 wakil alumni program pentauliahan professional mengikut bidang.
Hadir sama adalah YBrs. Ts. Abdul Razak bin Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK, YBrs. Ts. Zulkurnain bin Shahadan, Pengarah BKPK, YBrs. Puan Marhanum binti M. Haniff, Setiausaha Bahagian, Bahagian Biasiswa KPT dan Puan Lily Hasmiza binti Shuhaimi, Head, Group Resourcing Centre, Group Talent Readiness & Deployment, Maybank.
#TVETForAll
#MalaysiaMADANI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan